Wednesday, January 19, 2022

Percutian KLIA2 - Sandakan - Kundasang 4H3M.

*Perjalanan udara mengambil masa lebih kurang 2jam 20Minit.

* Di Sandakan kita boleh check in hotel di area Harbour Mall hotel murah dan homestay(berdekatan pasar awam dan restoran halal).
* Bagi anda yang suka memandu boleh je sewa kereta atau van dari sana, sebaiknya buat tempahan dari Internet sblm tiba di Sandakan ya.
(contact syarikat penyewa saya akan bagi nanti). 
Di Sandakan juga apa kurang nya mesti ada tempat menarik untuk di lawati contoh nya tempat Orang Utan di Sipiluk, Taman Buaya, rumah penduduk atas air dan banyak lagi. 

* Perjalanan darat ini mengambil masa hampir 4 jam pemanduan biasa jalan nya di kira ok kadang2 ada tempat2 yang berlubang sikit2,tapi bagi saya masih lagi ok.

* Apabila anda melepasi pekan Ranau tak lama selepas itu mgkn dlm 25km sampai lah ke Kundasang.
Saya syorkan anda menyewa homestay Jamsari (5Room) di atas bukit berlatar belakang Gunung Mesilau dan sungai yang mengalir di bawah area homestay tersebut.
* Berkenaan stok makan minum usah risau di bawah bukit ada pasar raya mini yang agak besar. 
Kos Homestay RM350 - RM400/day

* Banyak juga tempat2 menarik di sini seolah olah di Cameron Highlands dan semua nya mesti bertiket perlu di bayar per entry.
Suhu pada malam atau awal pagi di situ di antara 13°-15°..agak dingin.

* Dalam banyak2 tempat yang kami lawati, paling kecewa tak dapat masuk ke Desa Farm ini kerana pengunjung di wajib kan buat tempahan secara online sekurang nya 5 hari sebelum untuk masuk dan 'bermain' dengan lembu.

Kos anggaran untuk dua orang 4H3M KLIA2 -Sandakan-Kundasang-Klia2
# Flight AA RM400/return trip X2 RM800
# Sewa kereta 3 Hari RM400
# Penginapan RM550.00/3N
# Petrol RM100





0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home